Tujuannya adalah untuk berlari dari Sheffield ke Liverpool dalam masa tiga hari dan,Liverpoolfc.tv dengan pasukan mereka memulakan perjalanan mereka dari Hillsborough pada hari Khamis. Ramai penyokong Reds di Anfield, menyambut kumpulan itu apabila mereka akhirnya sampai ke Anfield pada hari Sabtu.
Enam pelari, meliputi larian sejauh 30 kilometer dari Sheffield ke Hyde pada hari Khamis. Pada hari berikutnya, mereka berlari lagi 30 kilometer ke Widnes. Dan pada hari Sabtu kembali ke rumah kepada peserta dan pasukan sokongan mereka di Anfield, melengkapi 16 batu terakhir untuk tiba di Memorial Hillsborough di jalan Anfield.
Dom Williams, yang memberi idea untuk larian tersebut, selepas melawat muzium LiverpoolFC dan melihat mozek Hillsborough, berkata: "Ia adalah sangat beremosi datang ke padang dan berjalan ke dalam stadium".
"Saya berasa amat gembira untuk mendapatkan penghormatan ini. Saya tidak terfikir ramai orang akan berada di sini pada hari ini, dan ia sangat membantu kami. Ia menjadi cemerlang dengan kehadiran orang ramai."
John Driscoll, salah seorang daripada pasukan Hillsborough-Anfield, menambah: "Secara fizakalnya, kami sudah agak letih dan kepenatan, tiada seorang pun daripada kami yang pernah berjalan melebihi 30 batu dalam masa satu hari sebelum ini, secara mentalnya, kami tidak tahu mengapa kami menyertai larian ini, tetapi ianya berbaloi apabila tiba di penghujung. "
Rakan sepasukan, Jackson Earle berkata: "Saya berbangga dengan setiap orang dalam pasukan ini, yang telah mencapai tahap yang memuaskan ini. Bukan hanya enam pelari, tetapi seluruh pasukan sokongan, physios, pemandu - semua orang yang telah menjaga kami. Saya amat berbangga dengan semua, kami semua melakukannya bersama-sama sebagai satu pasukan. "
Dana yang diperoleh hasil daripada usaha ini telah dibahagikan sama rata antara Kumpulan Sokongan Keluarga dan Kempen Keadilan Hillsborough.
Dolores Steele, peserta Kumpulan Sokongan Keluarga Hillsborough, bangga dengan pelari program ini: "Saya fikir mereka sudah benar-benar mengagumkan. Saya tidak tahu bagaimana mereka telah melakukannya dan saya berharap kaki mereka cepat pulih. Saya cuma boleh mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka. "
Untuk melawat laman web Hillsborough-Anfield jangka, klik disini

Tiada ulasan:
Catat Ulasan