Isnin, 23 April 2012

Liverpool tewas di tangan Baggies



Liverpool mengalami kekalahan perit, 1-0 semasa kepulangan pertama Roy Hodgson ke anfield.


The Reds yang lebih mendominasi permainan petang semalam dan mencipta banyak peluang tetapi telah dikecewakan pasukan pelawat setelah tewas pada lewat permainan.


Peter Odemwingie mendapatkan kemenangan untuk West Brom pada 75 minit selepas Youssouf Mulumbu merampas bola dari Glen Johnson dan mara kehadapan, dan terus melepasi Pepe Reina untuk kedudukan 1-0.




Kemenangan akan mengangkat Liverpool mengatasi Everton, jiran mereka dalam Liga Perdana dan ia kelihatan dengan permainan pasukan tuan rumah akan pulang dengan tiga mata.


The Reds mempunyai peluang awal, yang mana lebih baik untuk mendahului.

Pada minit ke-10, Andy Carroll merampas bola dari Mulumbu dan membuat hantaran kepada Luis Suarez.Pemain antarabangsa Uruguay itu berlari ke arah bola dengan menarik dua pertahanan West Brom, tetapi Dirk Kuyt tidak dapat membuat penamat yang sempurna.



Kemudian Suarez bertukar-tukar bola dengan membuat hantaran 1-2 dengan Johnson sebelum bola melalui hadapan pintu gol Ben Foster. Agger berada di posisi sedikit kebelakang, tidak dapat untuk menukar bola menjadi gol.

The Reds mempunyai momentum, didorong oleh Carroll, yang telah menggunakan segala tenaganya apabila berjaya menguasai permainan di atas tanah dan di udara.

Pada minit ke 20, Maxi membuat hantaran lintang'curve' ke tengah untuk No.9, tetapi sasaran Carrol menuju ke atas palang. Beliau terlibat lagi 1 minit kemudian, tersergam di atas penanda untuk melorongkan bola ke arah Suarez. Suarez pergi ke dalam kawasan penalti, mengalihkan bola ke kaki kanan tetapi Gareth McAuley berani ke bawah untuk menghalang usaha beliau.




West Brom akhirnya mengancam pada 27 minit tetapi dapat di tepis Reina - yang baru kembali dari penggantungan tiga perlawanan - menafikan kapten Baggies Chris Brunt.

The Reds hampir memecah kebuntuan dua minit kemudian apabila Jose Enrique membuat lipatan gunting, menghasilkan hantaran sempurna ke arah Suarez yang telah menemui ruang di kawasan lawan untuk mengatasi Foster tetapi bola ke arah atas palang.

Jay Spearing telah membuat penampilan ke-50 dalam semua pertandingan untukLiverpool dan pemain berusia 23 tahun itu menunjukkan kehebatannya sepanjang separuh masa pertama, hantaran, gerakan dan meminta bola ke kaki.

Pada minit ke 34selepas bermain kemas hantaran dari Suarez dan CarrollKuyt memberikan bola kepada No. 20 dan tiba-tiba ruang terbuka untuk beliauBeliau membuat satu sepakan yang membuatkan penyokong tuan rumah berdiri, tetapi Foster segera berada di hadapan gawang untuk menafikan percubaan tersebut.

Lima minit berselang, hantaran Carrol untuk Agger dari jauh yang jauh. Pemain Denmark itu menjangkau dan mengawal bola, sebelum melihat kembali ke dalam dan melepaskan tembakan ke sisi-jaring dari jarak dekat.

Pada 46 minitSuarez berada ditempat yang tepat di mana beliau mahu Johnson untuk memberi umpanan kepada beliau, dan pemain pertahan itu membuat hantaran. Suarez yang muncul ketika itu, bertindak mengawal, membawa, dan melorongkan semula bola tersebut kehadapan pintu gol. Tetapi, tiada seorang pun tiba untuk menjadikannya penamat  yang mudah.

Kemudian, datang langkah yang paling tajam dan rumit semasa dalam permainan. Suarez memberi bola kepada Johnson di pinggir kawasan. Beliau bertukar-tukar pas dengan Kuyt sebelum Carroll menyentuh bola untuk Jordan Henderson untuk melancarkan satu usaha ke arah gawang lawan, yang menggegarkan palang Foster.

Pada minit ke-53, Suarez membuat denyutan perlumbaan sekali lagi selepas dia menolak Billy Jones di garisan tepi, memotong kembali ke dalam dan membuat satu rembatan deras melepasi palang.

Kemudian, gawang sekali lagi menafikan percubaan Kuyt. Kosong di sebelah kanan, pemain Belanda itu membuat sentuhan sebelum terkena palang.

The Reds terus menyerang. Johnson berlari ke arah garisan dan mengambil bola kembali untuk Carroll yang tidak dapat membuat tandukan sempurna.

Kemudian saat yang paling mencemaskan di kawasan lawan muncul. Percub Carroll telah dinafikan. Kemudian Spearing melihat rembatannya disekat. Kemudian Maxi diatasi dan bola dirapas oleh McAuley. Pemain West Brom berjaya menjauhkan bola dari kawanan bahaya tetapi Liverpool tidak berhenti disitu, dan Henderson melepaskan rembatan beberapa inci kekanan dari gawang Foster.

Kemudian Odemwingie membuat penyokong Anfield senyap, dengan gol pembukaan pada minit ke-75. Mulumbu bertindak cepat, mencuri bola dari kawalan Johnson sebelum menghantar bola ke hadapan, dan melepaskan rembatan melepasi Reina.



Foster membuat rembatan selepas melihat Liverpool terdesak mencari gol, tetapi Carroll dan Suarez, kedua-duanya telah dinafikan peluang gol, untuk memberikan Liverpool sekurang-kurangnya 1 mata. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...