Ahad, 29 April 2012

Sensasi Suarez tenggelamkan Norwich

Luis Suarez menjaringkan hatrik yang cantik - termasuk gol ketiga yang hebat -  Liverpool meraih kemenangan yang ke 8 mereka di tempat lawan musim ini dalam Barclays Premier League di Norwich City.



Pemain Uruguay tersebut menghasilkan sepakan yang kuat selepas gerakan dicipta oleh Steven Gerrard untuk meletakkan Reds di depan pada minit ke 24.
Dan dia menjaringkan 1 lagi gol empat minit kemudian dengan rembatan rendah yang tepat selepas berjaya mencuri bola dari Elliott Ward.


Tetapi Suarez menjaringkan gol terakhir yang cantik, menghasilkan satu bola cip menarik dari jarak 45 ela untuk mengatasi John Ruddy untuk gol menentang Norwich, yang telah melepasi garisan.

Jonjo Shelvey lebih awal hampir menambah gol untuk Liverpool apabila bola terkena palang, manakala Elliott Bennett dari Norwich melihat rembatannya yang ditepis oleh Pepe Reina dalam kawasan gol pelawat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...