Rabu, 18 April 2012

25 tahun:Gol Gary Ablett

Ia adalah 25 tahun lalu, hari ini Gary Ablett menandakan debut tuan rumah dengan menjaringkan gol pertama dan hanya gol tersebut untuk Liverpool.



Ablett adalah seorang pemain istimewa yang penuh sopan dan ikhlas, membolehkan beliau mengatasi persaingan sengit antarabandar, bermain untuk kedua-dua kelab, Liverpool dan Everton, pada masa yang sama mengekalkan penghormatan peminat kedua-dua kelab.

Beliau meninggal dunia pada malam 1 Januari2012 selepas pertempuran 16 bulan dengan  'non-Hodgkin lymphoma'.



Gary diingati pada petang Sabtu lalu, ketika kedua-dua bekas kelab beliau membuat perjalanan ke Wembley untuk perlawanan separuh akhir pertandingan, ketika beliau pernah menang dengan piala tersebut untuk kedua-dua pasukan Merseyside  - satu pencapaian yang hingga ke hari ini, merupakan sesuatu yang sabgat unik sebagai seorang pemain.

Pemain kelahiran Aigburth, Ablett memulakan kerjaya sebagai pelatih di Liverpool dan melakukan debut semasa seri tanpa jaringan menentang Charlton di Selhurst Park pada bulan Disember 1986.

Pada 18 April, 1987beliau telah diberi peluang pertama untuk menyinar di Anfield, menentang Brian Clough's Nottingham Forest  dan pemain berusia 21 tahun itu sebagai tonggak kemenangan.

Laporan daripada The Times pada hari itu membuktikanGary adalah pemain yang berada 1 kelas diatas untuk Reds semasa perlawanan tersebut.

"Bagi pemain sebegitu mudaAblett menghasilkan satu gerakan yang sukar dilupakanBeliau menjalankan tugas pertahanan dengan gaya elegan dan menunujukkan potensi dengan menjaringkan gol ketiga Liverpool pada minit 68 dengan tendangan volley yang cantik."

Juara liga, Liverpool mendahului 2-0 apabila Ian Rush membawa hantaran cantik 30 meter dan 'flicked' ke bahunya lalu masuk ke dalam kawasan penalti pihak lawan.

Sebelum Ronnie Whelan pergi ke kawasan lawan, pertahanan Forest menggelecek bola tetapi terlepas, lalu Ronnie terus mara ke hadapan, dimana Ablett telah bersedia untuk merembat bola dengan kaki kiri, untuk mengatasi Steve Sutton untuk 3-0.

Ablett mempunyai peluang awal untuk The Reds enam minit selepas bermula separuh masa kedua, apabila dia membuat hantaran lintang ke arah Whelan.

Ia menjadi gol tunggal Ablett dalam tujuh musim dan 147 perlawanan untuk kelabWalau bagaimanapun, pertahanan yang rajin itu akan sentiasa dikenang untuk gaya tenang sebagai seorang pemain pertahanan dan keupayaannya, meletakkan beliau sebagai salah seorang pemain Liverpool terbaik bagi posisinya dalam sejarah kelab itu daripada sumbangan beliau dalam dalam bahagian serangan dan penjaring gol.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...