Memaparkan catatan dengan label malaga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label malaga. Papar semua catatan
Rabu, 27 Jun 2012
Liverpool bersedia untuk Vargas
Ejen Juan Manuel Vargas telah menyatakan bahawa Liverpool merupakan salah satu pilihan untuk pemain sayap Fiorentina itu.
Vargas, 28, telah dikaitkan dengan perpindahan dari Fiorentina musim panas ini dan Liverpool telah dicadangkan sebagai kelab yang sesuai dan berpotensi untuknya.
Pemain antarabangsa Peru itu masih mempunyai kontrak setahun the Viola, setelah menyertai kelab tersebut dari Catania pada tahun 2008 dengan nilai sekitar € 12 juta.
"Ada kemungkinan bahawa beliau akan meninggalkan Fiorentina," kata ejen Vargas, Jorge Cyterszpiler, memberitahu tuttomercatoweb.com. "Tetapi pada masa ini, ia hanya khabar angin dan tidak terdapat sebarang perpindahan rasmi.
"Dia tidak mempunyai musim yang baik dan dia perlu melakukan sesuatu musim depan. Liverpool merupakan satu pilihan, tetapi Malaga juga yang mempunyai daya tarikan tersendiri dengan bermain dalam Liga Juara-Juara musim depan.
"Adakah dia mempunyai keutamaan untuk bermain di Liga Perdana atau Liga Primera? Vargas suka akan kedua-dua liga, termasuk Serie A"
Selasa, 26 Jun 2012
Rondon akan ke LFC??
Liverpool dan Tottenham telah menyertai Chelsea dalam perlumbaan untuk mendapatkan penyerang Malaga bernilai sekitar £ 20 juta, Salomon Rondon, menurut ejen pemain tersebut.
Pemain antarabangsa Venezuela berusia 22 tahun itu menjaringkan 11 gol musim lalu dengan membantu Malaga mendapatkan tempat kelayakan untuk Liga Juara-Juara.
Dan Pablo Martinez mengesahkan beberapa minat daripada kelab Liga Perdana Inggeris untuk anak guamnya, mengikut akhbar Sepanyol, El Mundo Deportivo.
Walau bagaimanapun, dengan minat yang kuat dari kelab Jerman, Rondon tidak akan meninggalkan kelab selatan Sepanyol itu dengan tanda harga yang murah, dengan pasukan kaya raya Malaga berkeras mengenai yuran perpindahan pemain yang mereka beli dengan harga £ 2.8m dari Las Palmas pada 2012.
Langgan:
Catatan (Atom)

