Martin Kelly, pemain muda berbakat besar, yang bermain di posisi pertahanan kanan Liverpool, baru sahaja menandatangani kontrak baru bersama Liverpool dan berjanji memberi komitmen terbaik bersama kelab kesayangannya ini.
Martin Kelly telah berada di Liverpool sejak berusia 7 tahun, dan dia gembira bersama keluarga di bandar ini. Kelly, yang baru berusia 22 tahun, masih mempunyai tempoh panjang untuk berjaya dalam kariernya bersama Liverpool.
Buat masa ini, tempatnya agak terbatas dengan pemain berpengalaman England, Glen Johnson menjadi pilihan utama BR, tetapi Kelly seringkali di beri peluang untuk bermain di posisi tersebut dan Johnson seringkali memberi ruang kepada pemain muda ini untuk bermain di posisi kegemaran beliau, apabila dengan mudah bergerak ke posisi bek kiri bagi memberi ruang kepada Kelly.
Kelly kerap turun ketika di bawah bimbingan Kenny Dalglish, jika terdapat kecederaan mana mana pemain pertahanan Liverpool.
Tetapi di bawah kendalian BR, Andre Wisdom kerap kali di turunkan, selain masalah kecederaan yang di alami Kelly, Wisdom merupakan pilihan jika terdapat sebarang kecederaan.
Tetapi pemain muda ini masih yakin dan berharap dapat mengisi kesebelasan utama the kops suatu hari nanti, dan kini yakin dengan perkembangan kelab yang positif, dan telah menandatangani kontrak jangka masa panjang bersama Liverpool.
Tahniah Kelly!!!! YNWA
Jumaat, 8 Februari 2013
Rabu, 6 Februari 2013
reds: terkini
Selepas kekalahan memalukan Liverpool kepada kelab divisyen 2, Oldham tempoh hari, Liverpool bangkit bagi meneruskan perjuangan dalam saingan liga perdana inggeris. 2 perlawanan besar yang berjaya di tempuhi dengan jayanya, membawa pulang 2 mata berharga dari tempat lawan merupakan satu kebangkitan sempurna setelah kekalahan yang amat memeritkan untuk di telan semua peminat Liverpool
Walaupun berjaya mendahului dalam kedua dua perlawanan besar tersebut, hakikatnya Liverpool terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri semasa menentang Arsenal di stadium emirates dan juga City di etihad stadium
Ketika perlawanan menentang Arsenal, 2 gol mendahului pasukan tuan rumah menjadi sesuatu yang sangat di banggakan. Walaubagaimanapun, jaringan tersebut dengan pantas di padamkan dengan kelekaan benteng pertahanan Liverpool sendiri. Hasrat untuk membawa pulang 3 mata dari pihak lawan ternyata sukar dengan semangat kental pemain pemain Arsenal yang tidak mudah menyerah, satu sikap yang harus di contohi pemain Liverpool jika ingin terus memanjat carta liga.
Perlawanan menentang Manchester City pula menunjukkan penguasaan dan keserasian bahagian tengah dan hadapan pasukan Reds. Walaupun ketinggalan dengan 1 gol, hasil jaringan edin dzeko, hero baru the kops, daniel sturridge dapat menyamakan kedudukan dan kapten fantastik Liverpool menjaringkan gol cantik,dari luar kotak penalti bagi mendahului tuan rumah. Kesilapan penjaga gol, Pepe Reina yang keluar untuk menyelamatkan gawang, tertipu dengan helan aguero, dan pemain tersebut berjaya menjaringkan gol dari sudut sukar.
2 perlawanan yang berakhir seri, tetap memuaskan hati peminat Liverpool seluruh dunia dengan prestasi dan penguasaan bola yang dilihat mantap, memberi keyakinan untuk terus mendapatkan mata penuh selepas ini, apabila dilihat akan berhadapan dengan kelab kelab pertengahan liga. Momentum yang di tunjukkan pasukan ini harus di teruskan, dan memungut lebih banyak mata bagi terus memanjat carta liga, bagi merealisasikan impian bermain di liga juara juara musim hadapan
YNWA!!!!
Walaupun berjaya mendahului dalam kedua dua perlawanan besar tersebut, hakikatnya Liverpool terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri semasa menentang Arsenal di stadium emirates dan juga City di etihad stadium
Ketika perlawanan menentang Arsenal, 2 gol mendahului pasukan tuan rumah menjadi sesuatu yang sangat di banggakan. Walaubagaimanapun, jaringan tersebut dengan pantas di padamkan dengan kelekaan benteng pertahanan Liverpool sendiri. Hasrat untuk membawa pulang 3 mata dari pihak lawan ternyata sukar dengan semangat kental pemain pemain Arsenal yang tidak mudah menyerah, satu sikap yang harus di contohi pemain Liverpool jika ingin terus memanjat carta liga.
Perlawanan menentang Manchester City pula menunjukkan penguasaan dan keserasian bahagian tengah dan hadapan pasukan Reds. Walaupun ketinggalan dengan 1 gol, hasil jaringan edin dzeko, hero baru the kops, daniel sturridge dapat menyamakan kedudukan dan kapten fantastik Liverpool menjaringkan gol cantik,dari luar kotak penalti bagi mendahului tuan rumah. Kesilapan penjaga gol, Pepe Reina yang keluar untuk menyelamatkan gawang, tertipu dengan helan aguero, dan pemain tersebut berjaya menjaringkan gol dari sudut sukar.2 perlawanan yang berakhir seri, tetap memuaskan hati peminat Liverpool seluruh dunia dengan prestasi dan penguasaan bola yang dilihat mantap, memberi keyakinan untuk terus mendapatkan mata penuh selepas ini, apabila dilihat akan berhadapan dengan kelab kelab pertengahan liga. Momentum yang di tunjukkan pasukan ini harus di teruskan, dan memungut lebih banyak mata bagi terus memanjat carta liga, bagi merealisasikan impian bermain di liga juara juara musim hadapan
YNWA!!!!
Langgan:
Catatan (Atom)




