Jumaat, 26 Oktober 2012

Europa League: Liverpool beroleh kemenangan penting

liverpool sekali lagi beroleh kmenangan tipis menentang kelab kaya Rusia, Anzhi. Kemenangan liverpool untuk perlawanan ke-3 peringkat kumpulan ini cukup penting selepas kekalahan mengecewakan di laman sendiri ketika menentang Udinese.

Dengan penyerang yang memperoleh gaji tertinggi di dunia, samuel eto'o, masih tidak dapat menembusi kekebalan gawang Liverpool yang di jaga rapi pertahanan 3 serangkai Agger-Skrtel-Jones.Kekebalan pertahanan Liverpool telah membuat rangkainan serangan Anzhi sering menemui kebuntuan.

Hero Liverpool, Stewart Downing menjaringkan gol kemenangan yang penting, yang telah memisahkan kedudukan kedua dua pasukan hingga masa tamat.

Downing yang bermula sebagai pemain sayap kanan, di tukar posisi menjadi bek kiri, mengambil tempat Glen Johnson. Tempat beliau pula telah di gantikan oleh pemain muda, Sterling yang masuk pada babak kedua.

Stewart Downing membuat percubaan dari luar kotak penati menggunakan kaki kanan, dan bola terus menerjah gawang.

Dengan ketumpulan serangan Liverpool yang di ketuai Luis Suarez, banyak peluang yang terhidang di hadapan gol  di sia-siakan begitu sahaja.

Walaubagaimanapun, 3 mata penting di peroleh  di Anfield dan dengan 2 kemenangan daripada 3 perlawanan setakat ini cukup bermakna dan memberi keselesaan untuk meletakkan Liverpool di tangga teratas kumpulan A.

Di harap rentak kemenangan ini dapat di teruskan bagi memberi keyakinan dan dorongan untuk semua ahli pasukan liverpool untuk mencapai target mereka, sekurang kurangnya dengan kududukan empat teratas dalam liga.






Rabu, 24 Oktober 2012

Pertembungan menentang Anzhi

Menjelang pertemuan menenyang kelab kaya Russia, Anzhi pada perlawanan ketiga peringkat kumpulan A esok di Anfield bakal menyaksikan sejarah pertama kali Anzhi ke padang keramat Anfield. Dengan bimbingan pengurus hebat, Guus Hiddink yang berjaya membawa Chelsea menjulang piala semasa menjadi pengurus sementara di Stamford Bridge.

Tanpa sebarang rekod perlawanan, Liverpool di lihat mempunyai kelebihan bermain di padang sendiri dan rekod menentang kelab Russia di lihat berpihak kepada Reds. Dengan 7 perlawanan, 3 menang, 1 seri dan 2 kalah, ternyata Liverpool mempunyai rekod yang baik menentang kelab Rusia.

Mengikut statistik yang di keluarkan untuk pertandingan UEFA EUROPA LEAGUE kali ini, kumpulan A yang di isi oleh pasukan Liverpool, Anzhi, Young Boys dan Udinese, kumpulan ini telah menghasilkan jaringan gol paling banyak berbanding kumpulan lain iaitu 17 gol selepas 2 perlawanan. Ini menunjukkan purata 4 gol bagi setiap perlawanan.

Kekalahan Liverpool di laman sendiri ketika menentang Udinese tempoh hari telah menamatkan musim cemerlang Liverpool di laman sendiri untuk peringkat eropah selepas 13 perlawanan tanpa kalah. (10 menang, 3 kalah). Liverpool pastinya mahu menebus semula kehampaan kalah di laman sendiri tempoh hari.

Hingga ke hari ini, Liverpool belum pernah tewas dua kali berturut-turut di laman sendiri di peringkat eropah.

Gol seterusnya untuk Liverpool akan menjadi gol yang ke-550 untuk sebarang perlawanan peringkat eropah. Dan perlawanan seterusnya merupakan perlawanan ke 315 Liverpool di peringkat eropah

Pemain Anzhi, Lassana Diarra dan pemain pinjaman Liverpool, Nuri Sahin pernah bermain dalam satu kelab yang sama, iaitu Real Madrid semasa menjulang Liga Sepanyol musim lepas.

Pemain pertahanan Liverpool, Martin Skrtel pernah bermain bersama kelab Rusia, Zenit St Petersburg dari tahun 2004-2008

Joe Cole pernah berada di bawah bimbingan Guus Hidding semasa tempohnya membimbing Chelsea buat satu jangka masa pendek.

Guus Hiddink juga pernah menyingkirkan Liverpool semasa perlawanan suku akhir piala eropah 2008/09, menang 1-3 di Anfield dan seri 4-4 ketika di Stamford Bridge.

Sabtu, 20 Oktober 2012

LIVERPOOL VS READING

Tahniah buat pasukan Liverpool yang berjaya meraih 3 mata semasa perlawanan menentang Reading semalam.

Kemenangan kedua dalam liga buat Liverpool, sentiasa sesuatu yang positif apabila meraih kemenangan. Walaupun tipis, 3 mata penuh lebih penting dan berharga lebih dari segala-galanya dalam liga bola sepak.

Dengan menurunkan barisan 3 pemain muda, Suso, Sterling dan Wisdom, Liverpool berjaya menahan asakan pemain yang Reading yang mempunyai pengalaman lebih banyak berbanding Liverpool.

Dengan kecederaan beberapa pemain utama Liverpool, pasukan ini masih mampu meraih kemenangan. Pepe Reina yang masih di ragui cedera, tidak di turunkan pada perlawanan ini. Brad Jones menggalas tugas dengan cemerlang tanpa di bolosi sebarang gol.

Borini, yang tiada sehingga Januari telah di gantikan dengan pemain muda yang baru sahaja menandatangani kontrak baru bersama Liverpoo, Suso. Suso memainkan peranan dengan baik, bergandingan dengan Luis Suarez di bahagian hadapan pasukan.

Sterling menjaringkan gol penting dalam perlawanan tersebut. Mencipta sejarah sebagai penjaring kedua termuda di belakang Owen, Sterling pastinya pemain yang istimewa buat Liverpool.

Pujian juga harus di berikan kepada barisan pertahanan Liverpool yang mantap dan dapat mengawal keadaan sehingga berjaya menahan asakan pihak lawan. Dengan pemain muda, Andre Wisdom di bahagian kanan, gandingan pertahanan kebal Agger dan Skrtel serta Glen Johnson di sebelah kiri,  mereka telah berjaya memastikan gawang Brad Jones tidak di bolosi.

Kemenangan kedua dalam 8 perlawanan, mengutip 9 mata, dengan jumlah jaringan keseluruhan 10 dan bolos 12, Liverpool harus melakukan sesuatu dan memastikan kemenangan kembali berpihak kepada pasukan Reds.

Tahniah buat seluruh pasukan Liverpool sekali lagi, dan kemenangan ini sesuatu yang berharga buat kita semua, dan teruskan sokongan tidak kira di mana anda berada!!!!

YNWA

Jumaat, 19 Oktober 2012

Suso: Kontrak baru saya

Suso, pemain muda Liverpool yang mempunyai bakat dan masa depan yang cerah untuk lebih maju dalam arena bola sepak, kini telah menandatangani kontrak baru bersama Liverpool.

Beliau menunjukkan komitmen bersama kelab dan gembira dengan pengurusan kelab yang di terajui Brendan Rodgers. Beliau juga suka dengan pendekatan BR yang berani menggunakan bakat muda, sekaligus memberi peluang kepada Suso untuk bermain bersama skuad senior.

Baru berusia 18 tahun, pemain kelahiran Sepanyol ini membuat debut bersama skuad senior Liverpool ketika meraih kemenangan menentang Old Boys semasa kejohanan Europa League September lalu.

Dengan gaya permainannya yang hebat, sangat menarik perhatian pengurus BR untuk menggunakan khidmatnya bersama skuad senior, selepas memberi sumbangan besar ketika perlawanan menentang Old Boys.

Suso menyertai Liverpool dari kelab Cadiz pada tahun 2010

Ahad, 14 Oktober 2012

Taktikal Brendan Rodgers

Liverpool kini berada di zon bahaya liga perdana. Walaupun masih terlalu awal untuk mengatakan tentang prestasi anak2 buah BR, tetapi dengan keputusan perlawanan di liga perdana sekarang, ianya sesuatu yang amat memeritkan buah semua penyokong dan peminat Liverpool seluruh dunia.

Taktikal dan gaya permainan yang cuba di bawa Brendan Rodgers, tiki taka tampak serba tidak menjadi. Walaupun ada kalanya nampak berjaya, tetapi masih banyak yang kurang.

Bermula dengan bahagian serangan, Luis Suarez dilihat boleh bermain dengan gaya tersebut, tetapi LS7 lebih banyak bermain solo dan membuat percubaan sendiri, berbanding dengan gaya yang di terapkan BR.

LS7 memang di ketahui umum lebih gemar bermain solo, walaupun beliau mampu dan berbakat untuk menerapkan permainan gaya tiki taka bersama pemain lain seperti SG8 dan juga rahim steerling.

Borini, pemain yang kini tercedera ketika membuat latihan bersama skuad Itali, kurang menyerlah. Dengan hanya 1 gol setakat ini, sumbangan beliau pada setiap perlawanan tidak begitu kelihatan.

Dengan keceraan pemain ini, banyak pihak melihat pemain muda seperti suso, morgan dan yessil akan di berikan lebih peluang untuk mengisi kekosongan penyerang yang di anggap kritikal ketika ini.

di barisan tengah, di ketuai SG8, Allen, Jonjo dan Sahin, pemain yang sangat berbakat. Gaya permainan Joe Allen amat menarik perhatian. Beliau kerap kali melakukan simple pass. Hantaran mudah yang tidak berisiko dan tidak bahaya, membuatkan Liverpool kerap kali mengawal bola di atas padang.

Berbeza dengan gaya permainan kapten sejati Liverpool, hantaran berbahaya SG8 terus ke bahagian depan untuk serangan cukup di geruni lawan. Walaupun berisiko 'intercept' dari pihak lawan, pengalaman beliau cukup untuk memastikan bola berada di kaki rakan sepasukan.

Sahin, pemain pinjaman dari Real Madrid dengan gaya permainan hantaran jauh yang menakjubkan. Beliau boleh menjadi sehebat Xabi Alonso jika di beri lebih peluang di masa hadapan.

Beralih ke bahagian tepi padang, tumpuan pasti terarah kepada pemain muda berbakat besar Liverpool, Raheem sterling. Dengan kelajuan dan kepantasan yang ada, beliau seringkali mengkucar kacirkan pertahanan lawan. Satu kekurangannya, saiz badan yang kecil, memandangkan beliau masih muda.

Di bahagian pertahanan, masalah yang sedang di hadapi Liverpool buat masa ini. Agger dan Skrtel, serta Pepe Reina tidak lagi sekental dulu. Jika dulu, gandingan 3 pemain benteng terakhir Liverpool ini amat mantap, sehingga Reina di anugerah kan sarung tangan emas. Kini tidak lagi, gawang Liverpool sering di bocori pihak lawan.

Tumpuan Reina semakin berkurangan, mungkinkah beliau terlalu selesa dengan kedudukan selaku penjaga gol utama Liverpool?

Brendan Rodgers perlu melakukan sesuatu bagi memastikan gawang Liverpool amat sukar untuk di bolosi.Walaupun Agger dan Skrtel berkemampuan untuk menjaringkan gol, terutama ketika sepakan sudut, tetapi tugas utama mereka adalah untuk memastikan gawang Liverpool tidak di bocori.

Jose Enrique tidak bermain kebelakangan ini, memberi peluang kepada bakat muda, Wisdom untuk bermain lebih kerap. Brendan Rodgers dilihat lebih gemar menggunakan khidmat wisdom di bhgian kanan pertahanan, berbanding KD dahulu yang gemar menggunakan Jack Robinson dan John Flanagan. Terdapat perbezaan kegemara pemain bagi kedua dua pengurus tersebut

Dengan Glen Johnson masih mengekalkan tempat selaku kesebelasan utama, gaya permainannya masih sama seperti dulu, tidak berubah. Walaupun tidak kena dengan gaya BR, tetapi masih boleh di guna pakai dengan seringkali membawa bola dari tepi, dan membuat percubaan dari luar kotak penalti.

Pemain2 lain seperti Hendo, Downing, Joe Cole layak berada di bangku simpanan, di perlukan apabila keadaan memaksa.

Brendan Rodgers perlu menggunakan semua pemain pemain Liverpool yang berbakat besar, sepenuhnya bagi merealisasikan target pasukan Liverpool musim ini tercapai.

Sabtu, 13 Oktober 2012

Debut Jonjo Shelvey bersama skuad senior England

Jonjo Shelvey membuat penampilan pertama bersama skuad utama England pada minit ke 66 ketika membantu England membelasah San Marino 5-0 di Wembley.(kelayakan piala dunia)

Jonjo, memakai jersi no.17 England masuk menggantikan Michael Carrick pada separuh masa kedua, sekaligus menandakan debut pertamanya bersama skuad utama England dengan memberikan beberapa sentuhan menakjubkan di bahagian posisi tengah.

Rakan sepasukan Liverpool, SG dan Glen Johnson tidak bermain dalam permainan tersebut akibat penggantungan.

Sementara itu, Joe Allen yang bermain untuk pasukan kebangsaan Wales, memberikan impak berkesan selama 90 minit bagi membantu pasukannya memenangi perlawanan 2-1 setelah ketinggalan 0-1 ketika menentang Scotland.(kelayakan piala dunia)

Pemain jersi no.24 Liverpool itu merukan pemain penting membantu kemenangan, yang mana kedua-dua gol di jaringkan oleh pemain tottenham, Gareth Bales.

Luis Suarez LS7 bermain penuh semasa kekalahan Uruguay kepada Argentina 3-0 ( Lionel messi-2, Arguero-1. Sebastian Coates hanya berada di bangku simpanan sepanjang 90 minit

Daniel Agger mengetuai cabaran pasukan kebangsaan Denmark semasa menentang Bulgaria dengan keputusan berakhir seri 1-1

Nuri Sahin tidak dapat menyumbang banyak ketika pasukan kebangsaan Turki tewas 0-1 kepada Romania dengan pemain no 4 Liverpool tersebut masuk pada minit ke 81 permainan.

Martin Skrtel bermain selama 87 minit ketika kemenangan 2-1 Slovakia ke atas Latvia. Pemain no 37 Liverpool ini terpaksa meninggalkan padang selepas terdapat sedikit pertembungan di atas padang(kelayakan piala dunia)

Pepe Reina berada di bangku simpanan ketika Spain mengukir kemenangan 4-0 ke atas Belarus

Sabtu, 6 Oktober 2012

Kontrak jangka panjang Agger


Daniel Agger hari ini telah menandatangani 1 kontrak baru jangka panjang bersama Liverpool.

Dane menjamin masa depannya dengan Reds selepas menandatangani perjanjian di Melwood pada pagi Jumaat.

Selepas menandatangani kontrak, Agger memberitahu Liverpoolfc.com: "Ia memberi makna segala-galanya kepada saya. Ini adalah tempat yang saya mahu dan saya gembira di kelab ini. Saya benar-benar gembira sekarang dan saya tidak pernah mahu ke tempat lain.

"Saya adalah sebahagian daripada kelab ini - dan saya mahu menjadi sebahagian daripada kelab ini pada masa depan.

"Saya gembira sekarang dengan gaya permainan, dan diharap keputusan akan menyebelahi kita tidak lama lagi.

"Sokongan daripada peminat amat luar biasa. Ketika perlawanan, mereka menyanyi semua lagu tentang saya, ia amat sukar untuk memberi tumpuan kepada permainan! Ia adalah satu pengalaman yang hebat untuk saya dan saya tidak pernah mengalaminya sebelum ini.

"Itulah sebabnya saya amat gembira di sini. Bagi saya itu adalah Liverpool.

"Saya rasa saya tergolong di sini dan selagi pengurus dan pemilik memerlukan saya, saya akan berada di sini."

Agger menyertai Liverpool dari Brondby pada Januari 2006.

Pemain pertahanan ini telah membuat 177 penampilan untuk The Reds, menjaringkan sembilan gol, dan kukuh sebagai kesebelasan utama Kop.

Pengarah Urusan Ian Ayre berkata: "sumbangan Daniel sejak menyertai kelab itu pada tahun 2006 benar-benar hebat dan kesetiaan beliau kepada pasukan diiktiraf oleh perjanjian itu, dan dia telah tandatanganinya hari ini.

"Daniel sentiasa memberi gambaran jelas bahawa beliau mahu terus bersama Liverpool dan kami gembira bahawa dia komited masa depannya kepada kelab.

"Kami membawa masuk beberapa pemain yang sangat menarik pada musim panas ini - sesetengah daripada mereka memilih Liverpool berbanding kelab di Liga Juara-Juara.

"Tetapi ia adalah sama penting untuk mengekalkan pemain yang paling penting dan hakikat bahawa Daniel kini telah mengikuti Luis Suarez, Martin Skrtel dan Jonjo Shelvey dalam menandatangani kontrak baru dan ini adalah bukti kepada hakikat bahawa pemain percaya dalam apa yang kita sedang cuba untuk capai di sini di bawah pengurus Brendan Rodgers. "
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...